Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

08 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

50

Soalan

Tuan Gooi Hsiao Leung [Alor Setar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa tiada pendakwaan dibawa terhadap pemaju atau Kerajaan Negeri Kedah apabila jelas undang-undang dilanggar dengan menjalankan kerja-kerja penambakan tanah laut dalam projek pembangunan Aman Laut di Kuala Kedah tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang melengkapkan kertas siasatan bagi syor tindakan mahkamah di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana pemaju projek telah menjalankan Aktiviti Yang Ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar.

Dalam pada itu, JAS juga telah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA, akta yang sama kepada pemaju projek pada 15 Mei 2017 kerana telah memulakan kerja tanah bagi aktiviti tersebut tanpa kelulusan EIA dari JAS.

Sekian, terima kasih.


Attachments