Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

09 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

39

Soalan

Dr. Ismail Bin Daut minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan pada tahun ini bagi mengatasi masalah ombak besar yang menyebabkan berlakunya hakisan pantai di negeri Kedah khususnya di kawasan Tanjung Dawai.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengambil maklum akan kawasan-kawasan rendah yang terjejas akibat kejadian air pasang besar kesan peningkatan paras air laut. Kejadian air pasang besar yang berlaku pada akhir tahun 2016 telah menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan pantai barat yang berhadapan laut Selat Melaka. Bagi kawasan-kawasan yang terjejas, Kementerian telah melaksanakan kerja-kerja membaikpulih struktur-struktur ban pantai yang telah rosak akibat banjir daripada fenomena air pasang besar yang berlaku. Pemantauan secara tetap dan berkala sentiasa dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah melalui Pejabat JPS Daerah Kuala Muda.
Berdasarkan kajian Hakisan Pantai Negara (National Coastal Erosion Study - NCES) 2015, kategori hakisan pantai di kawasan Tanjung Dawai adalah berada di dalam kategori 3 (acceptable). Walau bagaimanapun, Kementerian melalui JPS akan memohon peruntukan yang sewajarnya sekiranya berlaku hakisan yang lebih serius dan kritikal di kawasan Tanjung Dawai ini.

Sekian, terima kasih.


Attachments