Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

09 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

44

Soalan

Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah projek bagi menaik taraf serta memperluas projek tebatan banjir di seluruh negara yang telah diluluskan bagi tempoh satu tahun yang lalu dan berapakah jumlah peruntukan yang diterima bagi projek tersebut di parlimen Sungai Besar.

 


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan 67 projek tebatan banjir di seluruh negara bagi tahun 2017. Bagi kawasan Sungai Besar, peruntukan berjumlah RM1.8 juta telah disalurkan bagi melaksanakan projek-projek mengurangkan risiko banjir.

Sekian, terima kasih.


Attachments