Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

09 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

58

Soalan

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah Kementerian telah mengenal pasti potensi sumber air tanah yang boleh menjadi sumber utama atau sokongan bekalan awam negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengenalpasti potensi sumber air tanah di 3 lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Kelantan Utara, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Pahang di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10.
Di samping itu, melalui peruntukan di bawah RMKe-11 juga, sejumlah RM27 juta telah diperuntukkan kepada JMG bagi melaksanakan kajian di lima (5) lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Muda, Kedah; Lembangan Sungai Selangor, Selangor; Lembangan Sungai Pahang, Pahang; Lembangan Sungai Baram, Sarawak dan Lembangan Sungai Kedamaian, Sabah. Melalui kajian ini, ciri-ciri akuifer iaitu lapisan mengandungi air serta rizab air tanah dapat ditentukan dengan lebih tepat demi memaksimumkan serta merancang pembangunan dan penggunaan air tanah di kawasan-kawasan berkenaan dengan lebih sistematik dan lestari.
Selain daripada itu, JMG juga telah menjalankan penilaian potensi air tanah bagi bekalan komuniti setempat.

Sekian,

Attachments