Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

09 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

60

Soalan

Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [Bagan Serai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian sedar ribuan haiwan terlindung daripada spesies yang terancam dan eksotik telah mati semasa dalam penjagaan Jabatan PERHILITAN setelah dirampas dari individu yang tidak bertanggung jawab sejak tahun lalu. Apakah usaha Kementerian di dalam mencari punca-puncanya untuk mengatasi isu ini di masa akan datang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan PERHILITAN amat memberi keutamaan kepada kebajikan Hidupan Liar samada spesies tempatan mahupun spesies dari luar negara. Kenyataan mengenai ribuan haiwan terlindung daripada spesies yang terancam dan esotik telah mati semasa dalam penjagaan Jabatan PERHILITAN setelah dirampas adalah tidak benar.

Menurut rekod, bilangan hidupan liar yang dirampas oleh Jabatan PERHILITAN dalam tempoh September 2016 hingga April 2017 adalah sebanyak 1,936 ekor yang merangkumi 76 spesies. Daripada jumlah ini 269 ekor merupakan hidupan liar eksotik yang terdiri daripada 21 spesies (Lampiran I). Hidupan liar eksotik berasal dari negara lain dan perdagangan serta pergerakan spesies tersebut merentasi sempadan antarabangsa dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Convention on International Trade In Endangered Species of Wild Fauna and Wild Flora (CITES).
Sepanjang tempoh tersebut, kadar kematian hidupan liar yang dirampas hanya sebanyak 10.2% (Lampiran II). Antara punca kematian adalah disebabkan oleh trauma, stress dan tidak matang (juvenile). Hidupan liar yang dirampas semasa operasi penguatkuasaan sedia ada dalam keadaan lemah, mengalami stress, cedera dan berpenyakit disebabkan proses tangkapan pemburuan haram, cara penyimpanan dan proses penyeludupan. Terdapat juga spesies yang sangat sensitif dan mudah
3
berisiko tinggi untuk mati kerana berada di luar persekitaran habitat asal seperti spesies burung Murai Batu, anak Kucing Batu serta anak lotong.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menjamin kebajikan hidupan liar terpelihara dan mengurangkan risiko kematian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan PERHILITAN telah dan akan mengambil usaha-usaha seperti berikut:
i. Meningkatkan pembangunan kapasiti kakitangan Jabatan PERHILITAN dalam pengendalian hidupan liar dalam kurungan terutamanya bagi penjagaan juvanil;
ii. Memperkemas Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada seperti mempercepatkan proses pelupusan, pengendalian hidupan liar yang dirampas, penjagaan dan pengurusan husbandry;
iii. Memohon peruntukan tambahan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungai Tengi;
iv. Di bawah RMK-11, projek pembangunan Fasa III, sedang dijalankan di National Wildlife Rescue Centre Sungkai bagi projek pembinaan kurungan untuk spesies burung, primat, reptilia, harimau kumbang dan beruang. National Wildlife Rescue Centre Sungkai dicadangkan sebagai penempatan hidupan liar tempatan sahaja. Penempatan ini juga perlu
4
mengambilkira pelepasan spesies berkenaan selepas tempoh tertentu;
v. Mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengekalkan kepakaran Pegawai Veterinar sedia ada di Jabatan PERHILITAN selain memohon disegerakan pengisian tujuh kekosongan jawatan yang kritikal;
vi. Jabatan PERHILITAN telah menandatangani memorandum persefahaman dengan tujuh buah zoo bagi menjalankan program konservasi secara meminjamkan hidupan liar yang ada di dalam simpanan jabatan kepada mereka. Spesies eksotik yang dirampas boleh ditempatkan di premis zoo yang telah menandatangani memorandum persefahaman atau perjanjian dengan Jabatan PERHILITAN;
vii. Bekerjasama dengan WWF–Malaysia untuk khidmat nasihat dan bantuan penjagaan hidupan liar yang dirampas; dan
viii. Meningkatkan usaha kesedaran awam tentang perdagangan haram hidupan liar dan kezaliman yang berlaku di dalam industri ini.

Sekian, terima kasih.


Attachments