Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

09 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

63

Soalan

Datuk Rozman Bin Isli [Labuan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian dalam konteks kerjasama antarabangsa sebagai usaha untuk menyelamatkan Badak Sumatera yang semakin diancam kepupusan serta dapat memastikan kelangsungan hidup mamalia ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerusi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia amat mengambil berat terhadap konservasi Badak Sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) iaitu salah satu spesies mamalia besar yang diancam kepupusan di dunia. Kerajaan Malaysia masih giat melaksanakan kajian intensif untuk tujuan penilaian semula status populasi dan taburan Badak Sumatera di Semenanjung Malaysia melalui Program Spesies Terancam bawah peruntukan RMKe11. Kepupusan Badak Sumatera dapat di selamatkan dengan mempunyai program bagi memperbanyakkan kelahiran Badak Sumatera.
Sehingga kini Malaysia telah membuat beberapa cadangan kerjasama di peringkat antarabangsa seperti kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Indonesia memandangkan hanya 2 negara ini sahaja yang masih terdapat Badak Sumatera yang masih hidup di dunia ini dengan populasi keseluruhan dianggarkan kurang daripada 275 individu. Di Malaysia, terdapat 2 ekor Badak Sumatera yang masih dipelihara di Pusat Pembiakan Badak Sumatera di Rizab Hidupan Liar Tabin, Sabah walau bagaimanapun kedua–dua ekor Badak kini mempunyai masalah kesuburan (reproductive pathology).
Antara cadangan kerjasama di peringkat antarabangsa antara Kerajaan Republik Indonesia ialah cadangan Projek Konservasi Transboundary Badak Sumatera hasil inisiatif oleh kerajaan Malaysia. Kerjasama di antara kedua-dua negara ini melibatkan beberapa aspek seperti:
3
a. Kerjasama saintifik dan perkongsian pengetahuan berkenaan Badak Sumatera;
b. Kajian dalam pembiakan secara bioteknologi;
c. Kerjasama dalam meningkatkan kemahiran pengendalian Badak Sumatera di dalam kurungan (Ex-situ) seperti nutrisi, kesihatan dan pembiakan; dan
d. Perbincangan bersama penyelidik, pakar pembiakan, pakar pengurusan hidupan liar bagi menentukan kejayaan kerjasama konservasi Badak Sumatera.
Tuan Yang di-Pertua,
Suatu kaedah pembiakan terkini juga telah diusahakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam usaha membantu membiakkan Badak Sumatera di dalam kurung iaitu melalui teknik “Advance Reproductive Technology” melibatkan:
a. Penghasilan embrio di luar rahim “In vitro Fertilization” (IVF) hasil penyatuan sperma Badak Sumatera jantan Malaysia dengan Ovum Badak Sumatera betina Indonesia dan menggunakan ibu tumpang daripada Badak Sumatera Indonesia;
b. Penghasilan IVF hasil penyatuan sperma Badak Sumatera jantan Indonesia dengan Ovum Badak Sumatera betina Malaysia dan menggunakan ibu tumpang daripada Badak Sumatera Indonesia; dan
c. Kaedah pengunaan Stem cell bagi menghasilkan Artificial gamets secara IVF dan menggunakan ibu tumpang dari Badak Sumatera Indonesia.

Sekian, terima kasih.


Attachments