Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

09 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

67

Soalan

SOALAN: Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [Indera Mahkota] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Majlis Perhutanan Negara untuk mengawal pencerobohan hutan-hutan simpan kekal di seluruh Semenanjung Malaysia. Juga nyatakan jumlah keseluruhan keluasan Hutan Simpan Kekal yang ada pada masa ini bagi setiap negeri dan nisbahnya kepada keluasan Tanah Semenanjung.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Isu-isu berkaitan undang-undang dan pentadbiran hutan, pembalakan haram serta penyelamat hutan dibincangkan dalam Majlis Perhutanan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun bermula 31 Disember 2009, isu-isu berkaitan polisi dan pengurusan perhutanan di Malaysia mula dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara.
Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam usaha menangani pencerobohan dan penerokaan hutan secara haram. Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengawal dan mencegah kegiatan penerokaan haram dan pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah:
(i) Pemantauan pematuhan Catuan Tebangan Tahunan secara berkala setiap suku tahun melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Operasi Hutan (JKPOH), secara tahunan melalui Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri dan setiap lima (5) tahun melalui Majlis Tanah Negara;
(ii) Penguatkuasaan hutan secara bersepadu melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET) serta
3
penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) yang terlatih serta dilengkapi dengan penggunaan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak, penggunaan senjata api dan lain-lain kemudahan keselamatan;
(iii) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; penggunaan sensor hyperspectral; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);
(iv) Meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa terutama kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) dan kawasan-kawasan penerokaan haram yang telah dikenalpasti;
(v) Menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Ranjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan
(vi) Menjalankan program restorasi kawasan-kawasan hutan yang diceroboh dalam usaha memulihara kawasan tersebut.
Keluasan kawasan hutan yang telah diwartakan sebagai HSK di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 4,818,620
4
hektar. Keluasan HSK mengikut negeri di Semenanjung Malaysia sepertimana jadual:
Jadual : Maklumat Keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2016

Sekian, terima kasih.


Attachments