Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

09 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

77

Soalan

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir di Kelantan khususnya di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 dan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 adalah dua projek yang akan dilaksanakan di bawah Projek Tebatan Banjir di Negeri Kelantan.

Bagi Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1, satu lawatan tapak bersama  pentender  telah diadakan pada 20 Februari 2016 dan kini dalam Proses Penilaian tender peringkat teknikal dan kewangan bagi menyediakan laporan perakuan kepada Lembaga Tender. Pelantikan kontraktor dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2017.

Manakala bagi Projek PLSB Sungai Golok Fasa 1, Makmal Kejuruteraan Nilai (Value Engineering Lab - VE) telah diadakan pada 13 hingga 16 Jun 2017 sebagaimana arahan daripada Kementerian Kewangan. Bagi mencapai objektif VE tersebut, beberapa struktur tambahan perlu dibina. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses melantik perunding bagi melaksanakan kerja-kerja Soil Investigation (SI) untuk proses reka bentuk struktur tambahan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Attachments