Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

09 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

85

Soalan

Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan asas pemberhentian sementara projek tebus guna tanah Aman Laut di Kuala Kedah. Atas perkiraan apakah maka Kementerian akan membenarkan atau menghentikan projek tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Pelaksanaan cadangan projek tebus guna tanah Aman Laut Kedah ini adalah tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Pihak pemaju dikehendaki menyediakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Laporan ini akan dinilai dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum projek boleh dilaksanakan.

Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA, akta yang sama kepada pemaju projek kerana telah menjalankan kerja tanah bagi tujuan penyediaan laluan masuk ke tapak projek tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar.
Projek hanya boleh dimulakan setelah Laporan EIA diluluskan oleh JAS dan langkah kawalan pencemaran bagi tindakan meremedi kerja tanah yang telah dijalankan dilaksanakan oleh pemaju projek.

Sekian, terima Kasih

Attachments