Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

14 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

22

Soalan

Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan spesis terancam Pokok Karas tidak pupus akibat daripada aktiviti pembalakan haram yang dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kayunya yang amat mahal.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sentiasa melaksanakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala dan berterusan bagi menangani kegiatan pencerobohan dan kecurian gaharu di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal. Aktiviti penguatkuasaan juga dilaksanakan secara bersepadu melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON), Centralised Enforcement Team (CET) dan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) bagi membanteras dan memantau aktiviti pencerobohan,penebangan, kecurian dan penyeludupan gaharu.
Di antara rancangan Kerajaan untuk memastikan spesis terancam Pokok Karas tidak pupus adalah seperti berikut:
1. Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] telah dikuatkuasakan sejak tahun 2010. Akta ini digubal bagi memastikan Malaysia memenuhi obligasi pengawalan spesies perdagangan antarabangsa yang diancam kepupusan di bawah Konvensyen tentang Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora – CITES). Pokok karas merupakan salah satu spesies yang telah disenaraikan dalam senarai Appendix II, Convention on International Trade in Endangered Species
3
of Wild Fauna and Flora (CITES). Akta ini menghalang perdagangan gaharu tanpa lesen dan menguatkuasakan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies gaharu. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah menubuhkan jawatankuasa induk bagi CITES dan jabatan dan agensi berkaitan terlibat sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority-MA) dan Pihak Berkuasa Saintifik (Scientific Authority-SA) yang melaksanakan penguatkuasaan dan langkah-langkah pemuliharaan yang berterusan;
2. Pemeliharaan pokok karas melalui penubuhan ladang karas. Sehingga akhir tahun 2015 lebih kurang 2,800 hektar ladang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah ditubuhkan.
3. Melaksana dan menguatkuasakan Kaedah Pelesenan dan Pemantauan/Kawalan Pengusahasilan Karas (Aquilaria spp) melalui Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bilangan 1 Tahun 2011 – Garis Panduan Pelesenan Pengusahasilan dan Pemprosesan Kayu Karas/Gaharu Di Semenanjung Malaysia untuk memastikan pengurusan dan pengusahasilan gaharu secara mampan dan berkekalan;
4. Menyediakan Manual Pengecaman Spesies Aquilaria di Semenanjung Malaysia dan Manual Penggredan Gaharu untuk kegunaan semua pihak yang berkepentingan; dan
5. Menjalankan penyelidikan yang menyeluruh merangkumi peringkat huluan dan hiliran untuk menyokong pembangunan serta perkembangan industri Gaharu di Malaysia.

Sekian, terima kasih.


Attachments