Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

4

Soalan

YBTM JAWAB

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah keluasan hutan di seluruh Malaysia mengikut negeri dan berapakah jumlah kerugian setiap tahun kerana aktiviti pembalakan haram mengikut negeri.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Jumlah keluasan berhutan di Malaysia pada tahun 2015 adalah berjumlah 18.25 juta hektar, di mana Semenanjung Malaysia seluas 5.78 juta hektar, Sabah 4.44 juta hektar dan Sarawak 8.03 juta hektar. Bagi Semenanjung Malaysia, seluas 4.83 juta hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).
Pembalakan haram adalah merupakan sebarang aktiviti pembalakan yang dilakukan tanpa lesen secara terancang dengan penggunaan jentera berat. Bagi tempoh 2006 hingga 2016, sebanyak 256 kes pembalakan haram telah direkodkan di Semenanjung Malaysia dengan tangkapan seramai 229 orang yang melibatkan kerugian hasil hutan bernilai RM 15.2 juta.

Sekian, terima kasih.

Attachments