Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

75

Soalan

Datuk Koh Chin Han minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dari aspek langkah-langkah penguatkuasaan bagi membanteras gejala pembakaran terbuka secara haram terutamanya dalam kalangan petani dan pesawah kecil.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dan semua pihak yang berkaitan dalam pengurusan alam sekitar negara termasuk hal-hal berkaitan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras gejala pembakaran terbuka.

2. Kerjasama dengan kerajaan negeri dalam membanteras aktiviti pembakaran terbuka telah lama terjalin iaitu sejak tahun 2000 melalui perwakilan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan melalui Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka) 2000.

3. Melalui Rancangan Malaysia Ke-9 lagi, kerjasama dengan kerajaan negeri juga telah bermula melalui pelaksanaan Projek Pencegahan Kebakaran Di Tanah Gambut iaitu di Negeri Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Melalui projek ini, pembinaan check dam (menyekat dan mengawal paras air dalam terusan tanah gambut) dan telaga air tanah (air akan dipam dan disalurkan ke kawasan tanah gambut) iaitu pendekatan pencegahan pembakaran berterusan di tanah gambut telah dilaksanakan. Menara tinjau juga telah dibina bagi pemantauan awal untuk mengesan pembakaran terbuka selain mengawasi kawasan tanah gambut daripada dicerobohi.

4. Bagi mengatasi pembakaran terbuka di kawasan ladang, Kementerian telah bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan engan Kementerian Perusahaan Perladangan dan 
Komoditi (MPIC) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Industri Asas Tani (MOA) bagi mulai tahun 2016 bagi mulai tahun 2016  bagi melaksanakan Kerangka Kerja Pelan Tindakan Mencegah melaksanakan Kerangka Kerja Pembakaran Terbuka Ketika Musim Panas dan Kering  di Kawasan Ladang dan Sektor Pertanian. Ladang dan Sektor Pertanian. 

5. Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar juga telah menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri menerusi pengwujudan rangkaian stesen pemantauan kualiti air dan udara di seluruh negara. Indeks kualiti udara akan dikongsi bersama bagi memantau kejadian jerebu selain sebagai maklumat perancangan pembangunan tanah oleh kerajaan negeri. Dokumen Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar telah digunapakai oleh semua kerajaan negeri sebagai panduan dan langkah siap sedia pencegahan pembakaran terbuka dan mengatasi kejadian jerebu setempat.

6. Di peringkat penguatkuasaan pula, tindakan penguatkuasan bersepadu mencegah pembakaran terbuka melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan.

Sekian, terima kasih.


Attachments