Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa menjalankan kaedah pengurusan terbaik dalam menangani masalah gangguan hidupan liar terutamanya di kawasan penempatan manusia seperti di kawasan pantai Sepang. Antara punca konflik hidupan liar-manusia ini berlaku akibat kehilangan habitat ekoran penerokaan tanah yang berleluasa untuk pembangunan. Bagi mengatasi masalah serangan burung di sesuatu kawasan, terdapat beberapa kaedah self-regulatory yang boleh diambil iaitu:
i. Memasang alat ultrasonic yang digunakan khas untuk menghalang burung daripada menghampiri premis.
ii. Memasang lampu bercahaya kuning di sekeliling premis
iii. Memotong dahan pokok berhampiran premis supaya tidak merimbun yang menjadi tempat burung bertenggek; dan
iv. Memasang jaring pada lubang yang menjadi laluan masuk burung ke dalam premis.
Sekian, terima kasih.