Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

93

Soalan

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perancangan dan tindakan Kementerian berkaitan cadangan projek penstabilan tebing-tebing Sungai Padas dan Sungai Pegalan serta rancangan tebatan banjir Daerah Tenom, Sabah yang perlu dilaksanakan dengan segera oleh Kerajaan bagi mengurangkan kadar keruntuhan tebing-tebing sungai yang menjejaskan keselamatan penduduk serta merosakkan harta benda awam terutama pada musim tengkujuh.

Jawapan

​Tuan Yang di- Pertua,

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas dalam Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke Sebelas    (RMKe-11). Bagi tahun 2017, sejumlah RM5 juta peruntukan telah diluluskan. Kerja-kerja pengukuran kejuruteraan dan reka bentuk sedang dilaksanakan dan kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan pada tahun 2018. Antara komponen projek yang akan dibina adalah pembinaan ban dan flood wall, pembinaan kolam takungan, pembinaan rumah pam. Risiko banjir yang merosakkan harta benda awam pada musim tengkujuh di Pekan Tenom dan sekitarnya dijangka akan dapat dikurangkan apabila projek ini siap kelak.

Selain itu, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengemukakan permohonan dalam RP3 RMKe-11 projek Rancangan Pengukuhan Tebing Sungai Sg. Padas Daerah Tenom Sabah dengan kos RM90.9 juta dan projek Rancangan Pengukuhan Tebing Sungai Pegalan, Daerah Tenom Sabah yang juga berjumlah RM90.9 juta.  Pelaksanaan projek-projek akan dapat mengurangkan kadar keruntuhan tebing-tebing sungai sekitar daerah Tenom yang menjejaskan keselamatan penduduk serta merosakkan harta benda awam pada musim tengkujuh.

​Sekian, terima kasih.

Attachments