Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

17 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

16

Soalan

Datuk Zali Bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk mengatasi masalah pencerobohan hutan yang berlaku dan berapakah jumlah kes yang telah diambil tindakan oleh pihak Kementerian.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian komited untuk mengatasi masalah pencerobohan hutan, pembalakan haram dan kes-kes kesalahan hutan lain. Di antara usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah pencerobohan hutan dan pembalakan haram adalah sepertimana berikut:

i. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan hutan secara berkala dan bersepadu melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON), Centralised Enforcement Team (CET) dan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) yang dilengkapi dengan penggunaan kemudahan logistik seperti motosikal lasak, penggunaan senjata api dan lain-lain kemudahan keselamatan;

ii. Pemantauan kawasan litupan hutan melalui penggunaan aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan yang disokong dengan penggunaan dron, sensor hyperspectral, Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);

iii. Tumpuan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan terutama kawasan-kawasan berisiko tinggi (hotspot) dan kawasan-kawasan penerokaan haram yang dikenalpasti;

iv. Menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Ranjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan

v. Menjalankan program restorasi kawasan-kawasan hutan yang diceroboh dalam usaha memulihara kawasan tersebut.
Di Semenanjung Malaysia sejumlah 1,673 kes pencerobohan dan kesalahan hutan, manakala 70 kes adalah pembalakan haram telah direkodkan mulai 2011 sehingga Jun 2017. Daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 507 kes telah berjaya di selesaikan.

Sekian, terima kasih.


Attachments