Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

17 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

98

Soalan

Datuk Ng Chiang Chin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah keluasan hutan simpanan kekal yang masih ada serta peratusan hutan mengikut keluasan negeri-negeri, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri untuk membanteras pembalakan dan penerokaan tanah secara haram.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Keluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2016 adalah seluas 5,773,363 hektar, di mana seluas 4,818,620 hektar merupakan kawasan hutan yang telah diwarta sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). Keluasan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia mengikut negeri adalah seperti jadual berikut:
Jadual : Keluasan Kawasan Berhutan di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2016
Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sentiasa komited dalam usaha menangani pencerobohan dan penerokaan hutan secara haram. Di antara langkah-langkah yang
NEGERI
KELUASAN TANAH (ha)
KELUASAN TANAH BERHUTAN
HUTAN SIMPANAN KEKAL
(HSK)
Telah Diwarta (ha)
Belum Diwarta (ha)
Jumlah (ha)
%
Johor
1,901,600
449,212
333,721
80,907
414,628
21.8
Kedah
942,500
342,431
341,976
0
341,976
36.3
Kelantan
1,510,500
812,196
615,056
20,381
635,437
42.1
Melaka
165,200
5,385
5,137
0
5,137
3.1
Negeri Sembilan
665,709
158,089
155,650
0
155,650
23.4
Pahang
3,596,500
2,056,678
1,558,880
1,033
1,559,913
43.4
Perak
2,102,200
1,021,780
997,604
1,869
999,473
47.5
Perlis
79,500
11,532
10,615
184
10,799
13.6
Pulau Pinang
103,100
7,761
5,101
959
6,060
5.9
Selangor
793,020
250,860
250,129
0
250,129
31.5
Terengganu
1,295,600
655,390
544,883
0
544,883
42.1
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
29,200
2,049
68
0
68
0.2
Jumlah
13,184,629
5,773,363
4,818,820
105,333
4,924,153
37.3
3
diambil oleh Kementerian bagi mengawal dan mencegah kegiatan penerokaan haram dan pencerobohan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah:
(i) Pemantauan pematuhan Catuan Tebangan Tahunan secara berkala setiap suku tahun melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Operasi Hutan (JKPOH), secara tahunan melalui Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri dan setiap lima (5) tahun melalui Majlis Tanah Negara;
(ii) Penguatkuasaan hutan secara bersepadu melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS) seperti 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON) dan Centralised Enforcement Team (CET) serta penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET) yang terlatih serta dilengkapi dengan penggunaan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak, penggunaan senjata api dan lain-lain kemudahan keselamatan;
(iii) Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time; penggunaan sensor hyperspectral; Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);
(iv) Meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dari masa ke semasa terutama kawasan-kawasan yang dikenal pasti
4
berisiko tinggi (hotspot) dan kawasan-kawasan penerokaan haram yang telah dikenalpasti;
(v) Menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Ranjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan
(vi) Menjalankan program restorasi kawasan-kawasan hutan yang diceroboh dalam usaha memulihara kawasan tersebut.

Sekian, terima kasih.


Attachments