Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

16 August 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

56

Soalan

Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana Kerajaan Persekutuan dan agensi penguatkuasaan Persekutuan serta PBT dapat membantu Majlis Sumber Air Negeri dalam memastikan kualiti air di kawasan sumber air mentah seluruh negeri tidak mengalami risiko pencemaran ketara yang akan menyebabkan masalah bekalan air bersih.

Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Pencemaran sungai merupakan tanggungjawab semua pihak. Undang-undang  berkaitan di bawah bidang kuasa pelbagai agensi, jabatan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan perlu diselaraskan, supaya tindakan yang lebih berkesan dapat diambil ke atas pihak yang menyebabkan pencemaran sumber air.

Pendekatan Pengurusan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management – IRBM) dilihat lebih lengkap dan padu kerana ia merangkumi elemen penguatkuasaan (enforcement), pencegahan (preventive) dan perundangan (legislation). IRBM merupakan proses penyelarasan dalam pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah serta sumber-sumber lain, merentasi semua sektor di dalam sesebuah lembangan sungai dan juga negeri-negeri di dalamnya. Melalui pendekatan pengurusan bersepadu seperti IRBM ini, antara lain dapat membantu Majlis Sumber Air Negeri (MSANg) dalam hal berkaitan pengurusan sumber air negeri.

Di samping itu, Kementerian juga sedang menggubal Rang Undang-Undang Sumber Air Negara (RUU SAN) bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang pengurusan sumber air dan penjagaan sungai di seluruh negara. Ini merupakan salah satu usaha Kementerian dalam melengkap dan mengukuhkan penguatkuasaan kawalan pencemaran dari segi perundangan dan ini dilihat akan membawa kepada pembangunan Negara yang mapan di mana wujudnya sungai yang bersih, air yang mencukupi, selamat serta persekitaran yang kondusif untuk kehidupan.

Pemakaian RUU SAN khususnya di peringkat negeri akan dapat memastikan kualiti sumber air dipelihara.

Sekian, terima kasih.

Attachments