Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

17

Soalan

​Datuk Yoo Wei How minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status terkini inisiatif melindungi alam sekitar daripada Pemusnahan Hutan dan Degradasi (REDD) serta perkembangan terkini Kerajaan mendapatkan 'Dana Iklim Hijau' daripada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

 


Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini, Malaysia sedang membangunkan dasar bagi program Reducing Emissions from Deforestation and Degradation and the Role of Conservation, Sustainable Management of Forests and Enhancement of Forest Carbon Stocks in Developing Countries (REDD+) di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapatkan pembiayaan Results Based Payments (RBP) REDD+ melalui dana Green Climate Fund (GCF). Dana RBP ini akan digunakan untuk pelaksanaan program REDD+. Pada masa ini, pihak GCF sedang memuktamadkan rundingan dan perbincangan bagi mekanisme pembiayaan tersebut.

Malaysia juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat antarabangsa dan nasional serta 'engagement' dengan pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan bagi memastikan pelaksanaan mekanisme REDD+ berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

Attachments