Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

23 October 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

7

Soalan

Datuk Haji Ahmad Lai Bin Bujang [Sibuti] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi pencemaran laut dan hidupan marin yang kurang mendapat perhatian masyarakat

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Terdapat beberapa usaha Jabatan Alam Sekitar untuk mengatasi pencemaran laut dan hidupan marin seperti berikut:

Kawalan ke atas land-based pollution

i.             Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dengan menjalankan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang, fasiliti-fasiliti rawatan air kumbahan dan tapak pelupusan sampah yang menghasilkan air buangan atau leachate supaya memastikan air yang dilepaskan telah menjalani rawatan dan adalah mematuhi Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawah Akta.

ii.            Menjalankan penguatkuasaan ke atas projek–projek pembangunan yang tertakluk di bawah Environment Impact Assesment (EIA) yang terutamanya melibatkan kerja-kerja tanah bagi memastikan sebarang kawalan pencemaran yang dicadangkan dalam EIA telah dijalankan dan berkesan untuk mencegah sebarang pencemaran terutamanya pencemaran kelodakan atau sedimen daripada memasuki persekitaran marin.

iii.           Sejak tahun 2016, telah dilaksanakan kaedah pematuhan kendiri oleh pihak yang berpotensi menghasilkan pencemaran air seperti pihak kilang, pihak konsesi rawatan kumbahan, pihak pemaju projek melalui program 'Self Guilded Regulation'. Melalui kaedah ini pihak yang terlibat perlu menjalankan pemantauan alam sekitar termasuk prestasi alat kawalan serta pematuhan pada standard bagi air yang  dilepaskan. Pemantuan ini perlu dijalankan sepanjang masa dan rekod-rekod perlu disimpan dan disemak pihak pengurusan yang terlibat dan pegawai penguatkuasa JAS.

iv.        Melalui penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, pihak yang didapati melakukan pencemaran pada air marin atau merosakkan ekosistem sungai akan dikenakan tindakan perundangan mengikut Akta dan peraturan yang berkaitan.

 

Kawalan ke atas sea-based pollution

v.           Mengadakan kerjasama dengan agensi maritim seperti Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memantau kawasan perairan dari sebarang aktiviti – aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran laut.

vi.          Mengadakan Latihan Melawan Tumpahan Minyak setiap tahun bagi meningkatkan kemahiran serta mempastikan siap-siagaan agensi-agensi yang terlibat dalam kejadian tumpahan minyak. Mengurangkan jangka masa tindakan dalam melawan tumpahan minyak akan mengurangkan kesan tumpahan minyak kepada hidupan laut dan ekosistem marin.

vii.         JAS juga menjalankan pemantauan kualiti air marin. Melalui kontraktor yang baru dilantik pada pertengahan tahun 2017, pemantauan air marin telah dapat diadakan secara berterusan selain daripada secara manual, 10 stesen berterusan (continuous ) dan 388 stesen manual.

 

Sekian, terima kasih.

 


Attachments