Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

26 October 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

21

Soalan

 Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha Kementerian bagi mengekang pencerobohan dan pengambilan sumber biodiversiti secara haram daripada kawasan-kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian amat mengambil berat terhadap isu pencerobohan dan pengambilan sumber biodiversiti secara haram daripada kawasan-kawasan perlindungan. Hutan yang kaya dengan flora dan fauna seperti Taman Negara (Pahang, Kelantan dan Terengganu) dan Rezab Hidupan Liar (RHL) Krau, Kompleks Hutan Belum-Temengor di Perak dan Kompleks Hutan Endau-Rompin di Johor dan Pahang sememangnya menjadi tumpuan kepada pemburuan haram dan penceroboh penjenayah ini.
Secara umumnya penceroboh dan pemburu haram ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu warga tempatan dan warga asing. Permintaan yang tinggi ke atas fauna dan flora bagi pelbagai tujuan menyebabkan aktiviti ini terus berlaku. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah dan sedang melakukan pelbagai usaha bagi mengekang dan membenteras jenayah ini. Antara inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh PERHILITAN dan JPSM adalah seperti berikut:
i. Program Pengutkuasaan Bersepadu
a. Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasaan JPSM (JET);
b. Pasukan penguatkuasaan perhutanan di negeri-negeri telah disediakan kemudahan logistik yang rugged seperti motosikal lasak dan penggunaan senjata api; dan
c. Program kawalan menyeluruh di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Taman Negara dan kawasan
3
perlindungan hidupan liar terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi (hotspot) bertujuan membanteras aktiviti pencerobohan HSK, Taman Negara dan pemburuan haram.
ii. Memperkukuhkan Program Penguatkuasaan melalui Inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS)
a. Program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Network (1MBEON) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
b. Program Centralized Enforcement Team (CET) yang menggabungkan semua agensi di bawah NRE secara bersepadu untuk aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan; dan
c. Operasi bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia di bawah Operasi Khazanah Negara.
iii. Memperkukuh Aktiviti Perisikan
a. Penubuhan Unit Perisikan Jabatan PERHILITAN bagi mengumpul dan menganalisa maklumat penceroboh dan pemburu haram yang dapat membantu tindakan penguatkuasaan yang tepat dan pantas;
b. Penubuhan pasukan Wildlife Crime Unit (WCU) yang bertindak secara responsive terhadap maklumat jenayah hidupan liar yang telah dianalisa;
c. Penggunaan teknologi terkini melalui aplikasi Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing Plus 5 (FMRS+5) bagi mengesan perubahan litupan kawasan hutan. Sistem ini disokong dengan penggunaan dron yang memberi gambaran kawasan secara real time;
4
Geographical Information System (GIS) dan Global Positioning System (GPS);
d. Kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Pasukan Sukarelawan Renjer Hutan APM yang baru ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri;
e. Kerjasama dan perkongsian maklumat antara agensi penguatkuasa dalam dan luar Negara; dan
f. Kolaborasi dengan badan bukan kerajaan yang menyokong konservasi hidupan liar seperti MYCAT, MNS, WWF, RIMBA dan TRAFFIC.
iv. Kerjasama antarabangsa melalui ASEAN Working Group on CITES and Wildlife Enforcement (AWG CITES & WE), INTERPOL & United Nations Office on Drugs and Crimes (UNODC)
a. Perkongsian maklumat antara Negara
b. Operasi bersepadu antara Negara
c. Latihan kemahiran kapasiti penguatkuasaan

Sekian, terima kasih.

Attachments