Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

30 October 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

16

Soalan

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [Bukit Katil] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah pihak Kementerian memantau perubahan yang berlaku pada pola taburan hujan di negara yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di tempat yang kebiasaannya tidak pernah dilanda banjir kilat dan berapakah jumlah projek tebatan banjir yang telah diluluskan di negeri Melaka di antara tahun 2013 hingga 2017 serta status projek-projek berkenaan.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kawasan banjir baru yang dilaporkan oleh JPS. Dalam kajian 2010 terdapat pertambahan keluasan kawasan banjir sebanyak 10 peratus berbanding kajian yang dibuat dalam tahun 2003. Walau bagaimanapun kejadian banjir bukan sahaja bergantung kepada pola taburan hujan tetapi juga bergantung kepada faktor- factor lain seperti perubahan guna tanah, pembangunan tidak terkawal dan system saliran yang tidak diselenggara dengan baik. Walau bagaimanapun wujudnya keperluan untuk megkaji semula Pola Taburan Hujan dengan mengemaskini data terbaru supaya perubahan pola ini dapat dikenalpasti dan difahami.

Pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sentiasa membuat analisa data-data hujan dan data aras air lampau termasuk kes-kes hujan yang menyebabkan banjir kilat berlaku di seluruh negara. Selain itu, pembangunan stesen-stesen pemantauan aras air dan hujan bertelemetri yang baru di seluruh negara juga turut dilaksanakan bagi meningkatkan ketepatan data dan maklumat berkaitan hujan.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia akan  dan sedang melaksanakan projek tebatan banjir di Negeri Melaka seperti berikut :

RMKe-10

  1. Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Bagi Mengatasi Masalah Banjir Kilat di Kawasan Melaka Bandaraya Bersejarah
    1. Pakej 1  - siap sepenuhnya
    2. Pakej 2  - dalam perlaksanaan ( Sebenar 92%, Jadual 98% )

                    ­- kelewatan melibatkan pengalihan utiliti TNB berkuasa        

                      tinggi
    3. Pakej 2A - proses tender
  2. RTB Sg. Kesang – siap sepenuhnya 

     

    RMKe-11 (Dalam peringkat penyediaan reka bentuk terperinci)
  1. RTB Sg. Duyong
  2. RTB Bandar Jasin
  3. RTB Bandar Merlimau
  4. RTB Alor Gajah Fasa 1

     

    Sekian, terima kasih


Attachments