Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

30 October 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

23

Soalan

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah peruntukan RM2.6 bilion untuk projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Pulau Pinang bagi tempoh RMK-9 hingga RMK-11. Mengapa daripada jumlah tersebut, hanya RM443 juta dibelanjakan. Apakah yang terjadi kepada baki RM2,157 juta yang dijanjikan dan bilakah ia akan dikembalikan kepada rakyat Pulau Pinang agar projek RTB yang dijanjikan boleh dilaksanakan.

Jawapan

​Tuan Yang di- Pertua,

Kerajaan Persekutuan setakat ini telah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 billion bagi pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa projek sejak daripada RMKe-5 sehingga RMKe-11 yang merangkumi projek-projek baru dan juga projek-projek sambungan. Sebagai contoh, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Junjung telah diluluskan kos projek sebanyak RM135 juta di bawah RMKe-8 dan projek ini telah disambung pelaksanaannya dan dibawa sehingga RMKe-10.

Walaupun kos projek keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM2.57 billion, ini tidak bermakna keseluruhan peruntukan tersebut telah dan perlu dibelanjakan bagi kerja-kerja pembangunan. Kos RM2.57 bilion ini merujuk kepada siling kos awal yang dijangka perlu dibayar bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. Selepas mengambil kira skop kerja, reka bentuk, keperluan tapak dan sebagainya semasa pelaksanaan projek, jumlah sebenar yang telah dibelanjakan hanyalah sebanyak RM1.04 bilion dalam RMKe-9 hingga RMKe-11 sahaja (tidak termasuk perbelanjaan dalam RMKe-8 dan sebelumnya bagi projek-projek sambungan).

Untuk makluman, kos keseluruhan projek merupakan had maksimum yang dibenarkan untuk pelaksanaan sesuatu projek. Manakala siling peruntukan adalah had yang dibenar untuk dibelanjakan bagi sesuatu projek dalam tahun semasa pelaksanaan projek tersebut sepanjang tempoh RMK berkenaan.

Sekian, terima kasih.


Attachments