Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

31 October 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

54

Soalan


Liew Chin Tong [Kluang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berkenaan isu pencemaran ammonia air mentah di sungai-sungai negeri Johor yang dipercayai akibat aktiviti perladangan dan pertanian yang tidak terkawal :
(a) senarai ladang-ladang dan kilang-kilang yang telah dikenal pasti sebagai punca pencemaran dan apakah tindakan Kerajaan terhadap mereka ; dan
(b) apakah status terkini pewartaan kawasan-kawasan tadahan air.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Berhubung dengan isu pencemaran ammonia di sungai-sungai di Negeri Johor dimaklumkan bahawa isu pencemaran ammonia yang berlaku adalah kebanyakannya berpunca dari pelepasan efluen kumbahan yang memasuki lembangan utama beberapa sungai di Negeri Johor. Terdapat juga isu peningkatan ammonia akibat dari aktiviti perladangan dan penternakan (yang diluar bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar) seperti aktiviti pemproses baja tahi ayam, pembajaan di kawasan pertanian dan juga pembukaan kawasan pertanian meluas yang terletak di dalam kawasan tadahan (yang tidak diwartakan); walau pun kawasan terjejas ini terletak di dalam pengurusan dan kawalan sumber air mentah oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.
Bagi kawalan pelepasan efluen dari industri, pihak Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau pelepasan dari punca-punca yang jelas di bawah bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar seperti kilang kelapa sawit dan pelepasan kumbahan dari sistem pengolahan kumbahan berpusat bagi taman atau kawasan perumahan.
Penguatkuasan dan pemantauan secara berkala ke atas sungai-sungai yang berisiko tinggi dicemar di Negeri Johor memang dikawal meliputi dari semua aspek perancangan penempatan industri, penguatkuasaan berterusan, pengawasan dan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar.
3

(b) Sehingga Disember 2016, Kerajaan Negeri Johor telah mewartakan kawasan Hutan Tadahan Air (HTA) seluas 85,597.61 hektar di dalam Hutan Simpanan Kekal mengikut keperluan seksyen 10(1) (e) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

Sekian, terima kasih.


Attachments