Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

01 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

4

Soalan

​​​YBTM JAWAB

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan keadaan pembalakan dan penanaman semula pokok di negara setiap tahun sejak 2010.

Jawapan

​Tuan Yang di- Pertua,

Sejak tahun 2010 hingga 2016, kawasan HSK yang telah diusahasil di Semenanjung adalah seluas 241,198 hektar. Manakala, kawasan yang telah ditanam dalam tempoh yang sama adalah seluas 33,551,205 hektar melibatkan penanaman pelbagai spesies pokok termasuk di kawasan HSK dan Hutan Tanah Kerajaan.
Kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) diurus di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Amalan pengurusan ini menggunakan mekanisma Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dan melaksanakan pengusahasilan secara Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS) di mana hanya pokok-pokok yang telah matang (lebih dari 50 cm diameter paras dada) dibenarkan untuk ditebang. Di bawah pelaksanaan Sistem Pengurusan Memilih, keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) untuk Pensijilan Pengurusan Hutan yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan masyarakat setempat perlu dipatuhi.
Ini termasuk aktiviti penanaman semula di lorong penarik (skid trail), matau (kawasan simpanan balak sementara) dan kawasan lapang dilaksanakan selepas aktiviti pengusahasilan dijalankan. Di samping itu juga, selepas 2 hingga 5 tahun kerja-kerja pengusahasilan selesai dijalankan, Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) pula dijalankan bagi mengetahui stok dirian tinggal supaya rawatan silvikultur yang sesuai dapat dilaksanakan seperti aktiviti tanam mengaya. Berdasarkan jangkaan, amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
3

akan membolehkan kawasan pengusahasilan dibalak semula selepas 30 tahun.

Sekian, terima kasih.

Attachments