Tuan Yang di- Pertua,
Status semasa kerja-kerja tebatan banjir di daerah Penampang, Sabah adalah seperti berikut;
1) Rancangan Tebatan Banjir Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah – Membina dan Menaiktaraf Parit 18A, Kerja Pembaikan Parit A dan Kerja-Kerja Berkaitan di Sungai Kibabaig (Pakej 1)
- Projek ini telah dimulakan pada 21 November 2016 dan akan mengambil masa 36 bulan. Kemajuan fizikal adalah 12.45% dan adalah mengikut jadual. Pihak JPS sedang menunggu kelulusan pengazetan tanah untuk tanah yang terlibat dalam projek ini.
2) Rancangan Tebatan Banjir Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah- Kerja-Kerja Menaiktaraf Sungai Putatan dan Kerja-Kerja Berkaitan (Pakej 3), Sabah
- Projek ini telah dimulakan pada 12 Jun 2017 dan akan mengambil masa 42 bulan untuk siap. Kemajuan fizikal setakat ini adalah 2.35% dan adalah mengikut jadual.
- Pada masa yang sama, proses pengambilan tanah dengan pengazetan tanah bagi tanah-tanah yang terlibat dengan projek baru sahaja diluluskan pada 14 September 2017 oleh Pejabat Hasil Bumi, Sabah.
Bagi langkah jangka pendek untuk mengurangkan risiko banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang dan akan melaksanakan kerja-kerja penggorekan sungai dan penyelenggaran parit di kawasan berkenaan mengikut jadual yang ditetapkan dan berdasarkan keperluan semasa.
Sekian, terima kasih.