Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

01 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

40

Soalan

Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan dari tarikh pelaksanaan hingga September 2017 untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Sibu dan apakah perkembangannya setakat ini.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Sebanyak RM291 juta telah dibelanjakan sepanjang RMKe-9 hingga RMKe-11 (tahun 2009 hingga September 2017) bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir di Sibu. Manakala dalam RMKe-11, RTB Sibu Fasa 3 sedang dilaksanakan dengan siling kos sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir khususnya di kawasan Sungai Bakong dan Sungai Beranggau.  Kerja-kerja pembinaan ditapak bagi Projek RTB Sibu Fasa 3 ini dijangka akan dimulakan pada Julai 2018. 

Sekian, terima kasih.


Attachments