Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

01 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

43

Soalan

Ir. Shaharuddin Bin Ismail [Kangar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah terdapat apa-apa ganti rugi kepada penduduk akibat kerosakan kepada premis mereka berikutan kerja-kerja projek Tebatan Banjir Lencongan Barat serta siapakah yang patut dipertanggungjawabkan.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Berhubung masalah kerosakan premis akibat pelaksanaan projek Tebatan Banjir Lencongan Barat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengambil langkah-langkah berikut;

1.  Satu perjumpaan bersama penduduk kawasan Tebing Tinggi telah diadakan pada 10 September 2017 yang lalu di mana ianya telah dihadiri oleh wakil JPS Perlis, Pejabat Projek PPP Perlis dan pihak Kontraktor AMI Construstion. Sdn. Bhd;

2.  Hasil daripada perjumpaan berkenaan, mana-mana penduduk yang telah mengalami kerugian akibat daripada masalah banjir yang berpunca daripada projek ini hendaklah mengemukakan butiran kerosakan berserta dengan gambar-gambar yang berkaitan. Laporan kerosakan berkenaan akan dikumpul dan dihantar melalui JKKK Tebing Tinggi dalam tempoh 1 minggu kepada pihak kontraktor untuk dimajukan kepada pihak insurans;

3.  Susulan daripada kejadian banjir yang telah berlaku pada 15 September 2017 yang lalu, pihak 'adjustor' insurans  MSIG telah datang ke tapak pada 16 September 2017 bagi menilai kerosakan yang telah berlaku. Proses penilaian akan diteruskan sehingga kesemua rumah yang terlibat dinilai oleh 'adjustor'; dan

4.   Bagi kerosakan harta benda yang berpunca daripada kejadian banjir 21 September 2017 yang lalu pula, pihak insurans memerlukan beberapa maklumat tambahan yang perlu dimasukkan ke dalam laporan penilaian sebelum sebarang keputusan ganti rugi diberikan.

 

Sekian, terima kasih


Attachments