Tuan Yang di- Pertua,
Untuk makluman, projek Pembangunan Projek Lebaan Bawang Assan Blok A dan Projek Lebaan Bawang Assan Blok B yang melibatkan kos sebanyak RM2.04 juta bagi kedua-dua projek adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sebagai pelaksana projek.
Pada ketika ini, pembinaan pintu kawalan pasang surut (Tidal Control Gate) dianggarkan siap sebahagiannya. Kelewatan projek ini adalah disebabkan oleh keadaan tanah ditapak projek iaitu tanah jenis gambut, kesukaran akibat hakisan tebing sungai dan juga masalah banjir. Kejadian banjir yang kerap berlaku di kawasan Blok A adalah disebabkan oleh hakisan ban dan juga mendapan di sekitar kawasan ban.
Langkah-langkah jangka pendek sedang diambil bagi kerja-kerja pembaikan dan buat masa ini pihak JPS Sarawak sedang melaksanakan kerja pembaikan kecil yang masih di bawah obligasi kontraktor. Untuk langkah jangka panjang pula, dicadangkan agar projek berskala besar di mohon di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) Rolling Plan 4 (RP4) melalui MOA.
Sekian, terima kasih.