Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

01 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

50

Soalan

Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah bajet yang diperuntukkan untuk program penanaman semula pokok paya bakau dan api-api di perairan daerah Kerian dan seluruh negara dari tahun 2010 hingga 2017.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diperuntukan sejumlah RM 21,987,810 bagi tempoh lapan (8) tahun (2010-2017) untuk Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara diseluruh Malaysia.

Menerusi program ini (2010-2017), Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 981,000 dan Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM 12,176,874. Dalam tempoh tersebut, sejumlah 19,412,449 pokok telah berjaya ditanam dengan keluasan 6,646.94 hektar. Daerah Kerian, merupakan salah satu daerah di Negeri Perak yang terlibat secara langsung dengan program ini yang melibatkan penanaman semula pokok Bakau di Hutan Simpan Pulau Selinsing dan Tanjung Piandang. Dalam tempoh 2010-2017, sebanyak 1,256,695 pokok telah berjaya ditanam di kawasan seluas 291.2 hektar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM 682,221.

Sekian, terima kasih.


Attachments