Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

07 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

45

Soalan

Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah pihak Kementerian menjalankan apa-apa jenis penyelidikan bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir serta melambatkan proses berlakunya banjir kilat.

Jawapan

​Tuan Yang di- Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa kajian bagi menambah baik projek-projek tebatan banjir yang dilaksanakan iaitu;

1.           Kerajaan telah meluluskan agar garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) digunapakai untuk semua kelulusan pelan pembangunan di Malaysia.

 MSMA adalah satu garispanduan dengan konsep tahanan dan takungan air larian hujan dalam pengurusan air larian hujan dalam menyelesaikan masalah banjir kilat di negara ini.

Pembinaan kolam sebagai takungan sementara dan mewajibkan pihak pemaju membina on site detention (OSD) dapat mengurangkan masalah banjir kilat.

Penguatkuasaan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP) juga dalam kerja-kerja pembukaan tanah dapat mengurangkan pemendapan kelodak dalam sungai yang mengakibatkan banjir kilat.

2.           Kerajaan juga telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) iaitu satu kajian dan menyediakan pelan induk saliran yang menggunakan konsep MSMA.

3.           Pada tahun 2015, JPS telah siap menjalankan kajian bertajuk Study on Artificial Bio-Macropore for Stormwater Management at Humid Tropics Centre Kuala Lumpur and Langat-HELP River. Kajian gunaan ini telah membuktikan lubang bersaiz antara 10-20 cm (yang ditutup secara separa telap) boleh dipasang secara berkumpulan di atas tanah dimana lubang berkenaan menggalakkan penyerapan air yang berlebihan semasa hujan lebat ke dalam tanah dengan lebih cepat dan tidak secara langsung mengurangkan air larian atas tanah dan mampu melambatkan banjir kilat.

Sekian, terima kasih

Attachments