Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

08 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

23

Soalan

Dato' Hasbullah Bin Osman [Gerik] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah usaha pihak Kementerian bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memperbanyakkan lagi projek-projek tebatan banjir dan membaik pulih sistem saliran di kawasan yang kerap berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Kementerian Sumber  Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa pendekatan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha mengatasi masalah banjir kilat di kawasan perbandaran. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk bandar-bandar utama menghadapi ancaman banjir kilat. PISMA adalah satu kajian untuk menyediakan pelan induk saliran dan garispanduan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di bandar-bandar di negara ini. Penyediaan PISMA adalah selaras dengan kehendak PBT dan KPKT. Sehingga ini 17 PISMA telah disediakan dan didapati ianya telah banyak membantu menyelesaikan masalah banjir kilat. Bilangan PISMA yang baru akan bertambah mengikut perancangan dan keperluan semasa.

Sekian, terima kasih.


Attachments