Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

08 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

31

Soalan

Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [Baling] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah terdapat peruntukan tambahan untuk projek tebatan banjir di Parlimen Baling kerana Sungai Baling hingga Sungai Ketil ini yang panjangnya lebih kurang 7km kerana peruntukan yang diberikan sebelum ini tidak mampu menampung dan tidak mampu menyelesaikan masalah banjir di Parlimen Baling. Malah kedudukan sungai ini yang lokasinya di persisiran kaki Gunung Baling berpotensi untuk dijadikan tempat rekreasi sekiranya masalah banjir ini dapat diselesaikan.

Jawapan

​Tuan Yang di- Pertua,

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi membangunkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Baling. Projek yang diunjurkan selama 18 bulan ini sedang dalam proses tender dan dijangka bermula awal tahun hadapan.  Selain itu, JPS juga sedang menyediakan kertas kerja bagi memohon peruntukan tambahan sebanyak RM55 juta di bawah projek RTB Baling ini.

Di samping itu, untuk tahun 2017, NRE melalui JPS juga telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta di bawah program pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Daerah Baling. Kesemua peruntukan ini telah dibelanjakan dengan pelaksanaan 35 projek pemuliharaan sungai di seluruh Daerah Baling.  

Sekian, terima kasih.

Attachments