Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

6

Soalan

Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan Kota Setar Kedah tergendala. Apakah rancangan selanjutnya Kementerian menangani masalah ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1.           RTB Sungai Kedah / Anak Bukit terdiri daripada 3 pakej seperti berikut :

    1. Pakej 1 : Menaiktaraf Sg Baru/Sg Kubang Rotan
    2. Pakej 2 : Membina Lencongan Sungai Baru (12.6km) dan Menaiktaraf Sungai Anak Bukit sepanjang 1.7km
    3. Pakej 3 : Menaiktaraf Sungai Tanjung Pauh, Menaiktaraf Terusan Utama dan Utara MADA dan menaiktaraf Sg Anak Bukit

       

2.           Kawasan Kota Setar termasuk dalam projek RTB Sg Kedah/ Anak Bukit Pakej 2 dan telah mencapai kemajuan fizikal 74 peratus sehingga 8 November 2017. Peratus kemajuan fizikal ini telah dikaji semula setelah mendapat kelulusan EOT (extension of time) yang ketiga.

 

3.           Projek ini telah bermula sejak 17 September 2013 dan dijadualkan siap pada 19 Julai 2018 dengan mengambilkira EOT (extension of time) yang ketiga.

 4.           Kelewatan pembinaan projek ini adalah disebabkan oleh beberapa isu yang timbul iaitu,

  1. Isu proses pengambilan balik tanah;
  2. Isu kelulusan rekabentuk jambatan daripada jabatan berkaitan;
  3. Isu kesesuaian tanah untuk membina ban banjir; dan
  4. Isu gangguan sistem pengairan sedia ada di tapak.

     

Bagaimanapun isu-isu berkenaan kelewatan telah dijawab oleh YB Timbalan Menteri NRE pada 24 Oktober 2017, soalan dari YB Parlimen Alor Setar.

 

5.           Objektif Projek RTB Sg Kedah/ Anak Bukit
 

  1. Mengurangkan kekerapan,  keluasan dan  kedalaman  banjir  di kawasan   Bandaraya   Alor   Setar   dan   Bandar   Jitra   termasuk kampung-kampung,   taman-taman   perumahan   dan   kawasan industri di sekitar Sg. Baru, Sg. Tanjung Pauh dan Sg. Anak Bukit dimana Lencongan Sg Baru akan dapat melencongkan sebanyak 390m3/s jika banjir purata kala ulangan 50 tahun (Average Recurrence Interval ARI) terus ke laut.
  2. Mengurangkan kehilangan   nyawa, kerosakan infrastruktur awam,   harta benda   penduduk   termasuk   tanaman   akibat daripada banjir di sepanjang sungai-sungai tersebut di atas.
  3. Mengurangkan gangguan  kepada  aktiviti  sosio  dan  ekonomi penduduk negeri Kedah terutama yang tinggal di kawasan yang selalu dilanda banjir.

     

Sekian, terima kasih.

Attachments