Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

MaCGDI

Nombor Soalan

13

Soalan

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [Lipis] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian sudah mempunyai satu dasar dan perundangan khas berkaitan maklumat geospatial telah disediakan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.


Jawapan

​Tuan Yang di- Pertua,

Sejak kebelakangan ini, Negara telah dilanda bencana seperti banjir, jerebu, tanah runtuh, pencemaran air, pencerobohan haram tanah dan sumber-sumber asli negara yang memberikan kesan negatif kepada sosioekonomi Negara. Namun begitu, ketersediaan dan kepantasan pihak Kerajaan dalam memberi respon dan tindak balas secara pro aktif hendaklah ditambah baik dalam menangani isu-isu Negara secara koloboratif terutamanya dengan sokongan maklumat geospatial.

Menyedari akan hakikat bahawa geoinfo dapat membantu agensi Kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, maka Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) sedang merangka Dasar Geospatial Negara dan Rang Undang-Undang Geospatial Negara dan dijangka akan siap disediakan pada tahun 2018.

Dasar dan RUU Geospatial Negara ini disediakan bertujuan untuk memberi jaminan kepada kerajaan dan rakyat bahawa semua produk geospatial dapat membantu mempertingkatkan ekonomi negara. Walaupun produk geospatial adalah untuk kegunaan bersama namun ianya akan dilindungi dari individu/ kumpulan penyalahgunaan maklumat bagi menjaga maruah kedaulatan negara. Seterusnya, walaupun perkongsian maklumat geospatial digalakkan namun privasi dan hakmilik akan dijamin termasuk juga dari aspek keselamatan. Sekiranya berlaku kebocoran maklumat, ianya dapat dikesan dan dikenakan tindakan kepada individu/ kumpulan yang terbabit berdasarkan akta tersebut.

Melalui dasar tersebut juga One Stop Centre Maklumat Geospatial Negara akan diwujudkan. One Stop Centre ini merupakan sebuah pusat repositori maklumat geospatial negara yang akan menyalurkan maklumat geospatial negara kepada agensi-agensi Kerajaan dalam membuat keputusan yang cepat, tepat dan efisyen terutamanya dalam menangani isu-isu bencana dan alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Attachments