Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

44

Soalan

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan benar-benar telah meluluskan peruntukan Rancangan Tebatan Banjir sebanyak RM2.6 bilion yang dipohon oleh JPS Negeri Pulau Pinang. Kenapa hanya RM443 juta sahaja (yakni 17.1%) daripada peruntukan tersebut yang dibelanjakan setakat ini..

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 billion bagi pelaksanaan projek-projek pencegahan banjir di negeri Pulau Pinang yang melibatkan beberapa projek sejak daripada RMKe-5 sehingga RMKe-11 yang merangkumi projek-projek baru dan juga projek-projek sambungan. Sebagai contoh, projek RTB Sungai Junjung telah diluluskan kos projek sebanyak RM135 juta di bawah RMKe-8 dan projek ini telah disambung pelaksanaannya dan dibawa sehingga RMKe-10.

Walaupun kos projek keseluruhan yang telah diluluskan berjumlah RM2.57 billion, ini tidak bermakna keseluruhan peruntukan tersebut telah dan perlu dibelanjakan bagi kerja-kerja pembangunan. Kos RM2.57 bilion ini merujuk kepada siling kos awal yang dijangka perlu dibayar bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. Selepas mengambil kira skop kerja, reka bentuk, keperluan tapak dan sebagainya semasa pelaksanaan projek, jumlah sebenar yang telah dibelanjakan hanyalah sebanyak RM1.04 bilion dalam RMKe-9 hingga RMKe-11 sahaja ( tidak termasuk perbelanjaan dalam RMKe-8 dan sebelumnya bagi projek-projek sambungan). Pengurangan ini boleh ditakrifkan sebagai penjimatan kepada Kerajaan Persekutuan selepas penilaian semula skop kerja, reka bentuk dan kos yang terlibat. Oleh itu, kenyataan hanya RM443 juta sahaja telah dibelanjakan adalah tidak tepat.

Sekian, terima kasih.


Attachments