Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

15 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

8

Soalan

YBTM JAWAB

Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kesan atau hasil menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment).

Jawapan

​​​​​YBTM JAWAB

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, penggunaan lapis lindung batu (rock revetment) di kawasan Pantai Mengabang Telipot adalah penyelesaian segera bagi mengelakkan kawasan pantai berkenaan terus terhakis bagi melindungi kediaman penduduk serta kepentingan awam di kawasan berkenaan. Kerja-kerja pembinaan lapis lindung batu tersebut hanya bersifat sementara dan kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah di kawasan tersebut secara menyeluruh.

Geomorfologi pantai yang amat dinamik menyebabkan sebarang perubahan atau pemasangan struktur pejal seperti rock revetment kepada garis pantai seperti di pantai Menggabang Telipot akan memberi kesan kepada garis pantai yang berdekatan

Sekian, terima kasih.


Attachments