Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

15 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

14

Soalan

Dato' Takiyuddin Bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk menghadapi risiko kawasan di pesisir pantai 'hilang' dan tenggelam akibat kenaikan aras laut sehingga melebihi paras biasa. 

Jawapan

​Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menjalankan kajian unjuran peningkatan aras laut di sepanjang pantai Malaysia pada tahun 2010 berdasarkan Laporan Intergovernmental Panel Climate Change (IPCC) - Assessment Report 4 (AR4) (2007).

Bermula 2012, NAHRIM telah menjalankan kajian impak secara terperinci, menggunakan data resolusi tinggi di kawasan yang berisiko tinggi untuk ditenggelami air oleh kenaikan aras laut akibat pemanasan global. Kawasan yang dikaji adalah Batu Pahat, Kelang, Kuala Terengganu, Kuantan, Pekan, Lumut, Pangkor, Langkawi, Sandakan dan Muara Sungai Sarawak. Kajian terperinci ini meliputi keadaan topografi, penilaian terhadap infrastruktur sedia ada, kepadatan penduduk dan kegiatan sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

Pada tahun 2016, NAHRIM telah menjalankan kajian unjuran kenaikan aras laut untuk mendapatkan unjuran terkini di sepanjang pantai Malaysia. Hasil kajian menunjukkan unjuran kenaikan aras laut pada 2100 adalah 0.67 – 0.71m di sepanjang pantai Semenanjung Malaysia dengan kadar 10.5-10.9 mm/tahun sementara di sepanjang persisiran pantai Sarawak dan Sabah pula adalah 0.71 – 0.74m dengan kadar 10.9-11.1 mm/tahun.

NAHRIM akan terus menjalankan kajian terperinci untuk lain-lain kawasan berisiko di masa hadapan (dengan menggunakan unjuran kenaikan aras laut yang terkini) sekiranya terdapat peruntukan.

Langkah adaptasi oleh Kerajaan untuk menghadapi risiko kawasan pesisir pantai 'hilang' dan tenggelam akibat kenaikan aras laut sehingga melebihi paras biasa adalah melalui pendekatan struktur dan bukan struktur seperti berikut:-

  • Perlindungan kawasan pantai melalui struktur seperti groyne, wave breaker dan rock revetment
  • Perlindungan tanpa struktur merangkumi tanaman semula bakau, penambakan pasir pantai, memberi khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju berkaitan dengan aras lantai dan anjakan pembangunan masa depan menjauhi garis pantai.

     

    Sekian, terima kasih


Attachments