Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

20 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

16

Soalan

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak tanah hutan telah dibuka untuk pembalakan di negeri Kedah mengikut pecahan tahun dan kawasan. Nyatakan kesan kepada kawasan empangan air serta kawasan berhampiran terlibat serta kawasan pembalakan di antara kawasan hutan simpan kekal dan hutan biasa.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan Hutan Simpanan Kekal seluas 17,576.07 hektar dari tahun 2011 – 2016 seperti di Hutan Simpan Ulu Muda, Bukit Perak, Rimba Teloi, Bukit Enggang, Padang Terap, Sungai Badak, Gunung Bongsu, Gunung Inas, Bukit Perangin dan Sungkup. Pembalakan yang dijalankan adalah dari kawasan HSK yang dikelaskan sebagai kawasan Hutan Pengeluaran sahaja dan tidak menjejaskan kawasan empangan khususnya di empangan Ahning, Pedu, Muda dan Beris.

Bagi memastikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpanan Kekal tidak menjejaskan alam sekitar, aktiviti pembalakan di kawasan ini dilaksanakan mengikut amalan Sistem Pengurusan Memilih (Selective Management System - SMS) di mana hanya pokok-pokok yang telah dikenal pasti dan ditanda untuk ditebang sahaja boleh dikeluarkan. Pelaksanaan amalan Sistem Pengurusan Memilih ini perlu mematuhi keperluan dan peraturan di bawah standard Kriteria dan Petunjuk Malaysia (Malaysia Criteria and Indicator - MC&I) untuk pensijilan pengurusan hutan yang menekankan pengawalan kestabilan alam sekitar, pengekalan kualiti sumber air dan kesejahteraan kehidupan masyarakat setempat. Bagi memastikan pematuhan ini, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pihak pelesen pembalakan sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.


Sekian, terima kasih.


Attachments