Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 13 | Penggal | Penggal 5 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 21 November 2017 | Tahun Persidangan | 2017 | Kategori | Air | Nombor Soalan | 22 | Soalan |
Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengikut jawapan yang diberikan pada sesi Parlimen 2013, Fasa 2 Kajian Pengurusan Air Ribut dan Pelan Induk Sistem Saliran Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan yang meliputi kawasan Batu Kitang, Jalan Kuching-Serian, Sungai Kuap dan Kota Samarahan dianggar akan dilaksanakan dalam tahun 2016 hingga 2017. Nyatakan secara terperinci status pelaksanaan projek tersebut mengikut jadual mahupun pelan-pelan yang sedia ada.
| Jawapan |
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan Kajian Pengurusan Air Ribut dan Pelan Induk Sistem Saliran Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan yang meliputi kawasan Batu Kitang, Jalan Kuching-Serian, Sungai Kuap dan Kota Samarahan, 2 projek telah dilulus untuk dilaksanakan dalam RMKe11 (2016-2010) iaitu:
-
Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Sarawak (siling kos projek RM150 juta)
Pada masa kini, proses tender sedang dilaksanakan dan akan diikuti dengan kerja-kerja rekabentuk sebelum kerja-kerja di tapak bermula, dijangka bermula November 2018.
-
Rancangan tebatan banjir Sungai Stakan
(siling kos projek RM10juta)
Projek ini masih di peringkat proses pelantikan perunding untuk reka bentuk terperinci dan penyediaan dokumen tender yang dijangka dikeluarkan pada hujung 2018. Kerja pembinaan di tapak di jangka bermula April 2019 dan dijangka siap pada akhir tahun 2020.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|