Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan-Jabatan di bawahnya sentiasa membuat pemantauan dan ulasan terhadap pelan-pelan pembangunan tanah dan juga aktiviti berkaitan yang dilaksanakan di seluruh negara. Aktiviti-aktiviti tersebut sememangnya menyumbang kepada peningkatan air larian permukaan ketika hujan lebat yang meningkatkan banjir. Walau bagaimanapun, untuk mengawal pembangunan tanah, Kementerian melalui Jabatan di bawahnya seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memberi nasihat teknikal dan penyediaan garis panduan-garis panduan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal aktiviti pembangunan tanah supaya kesan banjir dapat dikurangkan.
Sekian, terima kasih.