Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

29 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

16

Soalan

Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapa Kerajaan Pusat mendakwa bahawa RM2.58 bilion telah digunakan untuk projek tebatan banjir Pulau Pinang dari RMK9 - RMK11 sedangkan maklumat JPS menunjukkan hanya RM443 juta dibelanjakan.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, RM2.6 bilion adalah kos projek-projek yang dilaksanakan di Pulau Pinang dalam RMKe-9 sehingga RMKe-11. Kos projek bukannya bermaksud kos peruntukan yang diluluskan. Kos sesuatu projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia sebelumnya dan disambung pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia berikutnya, masih dengan nilai yang sama seperti dalam Rancangan Malaysia sebelumnya.

Sejumlah RM1.254 billion telah diperuntukkan dan dibelanjakan sepanjang RMKe-5 hingga RMKe-11. Manakala dalam RMKe-9 hingga RMKe-11, sebanyak RM1.048 bilion telah diperuntukkan dan dibelanjakan. Dalam RMKe-11 sahaja, terdapat 8 projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan melibatkan negeri Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM35 juta. Ini termasuklah projek-projek yang melibatkan negeri-negeri bersempadanan iaitu projek RTB Lembangan Sungai Muda dan RTB Lembangan Sungai Kerian.

Peruntukan yang diluluskan setiap tahun adalah bergantung kepada keperluan sebenar aliran tunai setiap projek yang dilaksanakan dan tertakluk kepada siling kos projek yang ditetapkan. Selagi projek belum siap, peruntukan boleh dipohon dalam tahun-tahun berikutnya.

Sehubungan dengan itu, tidak timbul isu peruntukan yang hilang dan pihak negeri melalui jabatan berkaitan boleh memohon dalam bajet tahunan bagi projek yang belum siap dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

 

Attachments