Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

28 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

40

Soalan

Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kementerian dapat mengesan peningkatan luar biasa aktiviti-aktiviti penggunaan tanah sebelum berlakunya banjir besar di beberapa negeri pada tahun 2014.

Jawapan

​​Tuan yang di- Pertua

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan-Jabatan di bawahnya sentiasa membuat pemantauan dan ulasan terhadap pelan-pelan pembangunan tanah dan juga aktiviti berkaitan yang dilaksanakan di seluruh negara. Aktiviti-aktiviti tersebut sememangnya menyumbang kepada peningkatan air larian permukaan ketika hujan lebat yang meningkatkan banjir. Walau bagaimanapun, untuk mengawal pembangunan tanah, Kementerian melalui Jabatan di bawahnya seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa memberi nasihat teknikal dan penyediaan garis panduan-garis panduan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal aktiviti pembangunan tanah supaya kesan banjir dapat dikurangkan.

Sekian, terima kasih.


Attachments