Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

27 November 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

40

Soalan

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada Kerajaan akan menggubal undang-undang untuk menyekat kegunaan beg-beg plastik di Malaysia.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Penggunaan beg-beg plastik di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). Sehingga kini tiada undang-undang untuk menyekat penggunaan beg plastik di Malaysia dan Kementerian ini tidak bercadang untuk menggubal undang-undang tersebut dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.


Attachments