Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

3

Soalan

YBM JAWAB

Datuk Yoo Wei How minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang peruntukan untuk rancangan tebatan banjir seluruh negara yang telah meningkat dan berlakunya kejadian banjir di beberapa tempat baru seperti kawasan Gurun di Kedah. Adakah Kementerian mempunyai peruntukan tambahan dalam menangani masalah ini.

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa merancang dan melaksana projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) terutama di kawasan-kawasan yang berisiko banjir. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kawasan banjir baru yang dilaporkan oleh JPS. Dalam kajian pada tahun 2010, terdapat pertambahan keluasan kawasan banjir sebanyak 10 peratus berbanding kajian yang dibuat dalam tahun 2003. Walau bagaimanapun, kejadian banjir bukan sahaja bergantung kepada pola taburan hujan tetapi juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti perubahan guna tanah dan pembangunan tidak terkawal.

Perubahan iklim pada masa kini juga memberi kesan kepada pola taburan hujan. Jumlah hujan tahunan adalah hampir sama tetapi  keamatan hujan dalam tempoh yang singkat telah berubah.  Sebagai contoh jumlah hujan yang sama biasanya turun dalam tempoh yang panjang  tetapi turun dalam tempoh yang singkat. Pada masa kini, faktor perubahan cuaca juga telah diambil kira dalam merancang dan merekabentuk projek-projek tebatan banjir.

Sehubungan dengan itu, dalam Rancangan Malaysia ke-11(RMKe-11), Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM8.8 billion bagi tujuan pencegahan banjir di seluruh negara. Antara projek utama yang dilaksanakan adalah RTB Sg. Kelantan, Sg. Kuantan, Sg. Kemaman, Sg. Perak, Sg.Muar, Sg. Sarawak, Sg. Moyog dan Sg.Padas.

Kerajaan mengganggarkan total solution bagi kerja-kerja tebatan banjir seluruh negara berjumlah RM40 billion sehingga tahun 2020. Sekiranya kerja-kerja ini tidak dapat dilaksanakan pada masa sekarang, Kerajaan mengganggarkan jumlah tersebut akan meningkat kepada RM60 billion dengan mengambil kira peningkatan kawasan-kawasan pembangunan baru, peningkatan kos pemgambilan balik tanah dan kos pembinaan serta peningkatan bilangan dan keluasan kawasan banjir di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.


Attachments