Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

32

Soalan

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah dan status projek tebatan banjir yang sedang dan akan dibina di seluruh Negara serta jumlah kos yang terlibat mengikut negeri.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah dan sedang melaksanakan 75 projek tebatan banjir dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) dengan kos keseluruhan berjumlah RM8.8 billion. Daripada jumlah tersebut, 5 projek telah siap sepenuhnya melibatkan kos sebanyak          RM1.508 billion, 65 projek dalam pelaksanaan dengan kos      RM6.973 billion dan 5 lagi projek akan dilaksanakan yang berjumlah      RM0.351 billion.

Manakala bagi projek saliran mesra alam, sebanyak 12 projek telah dan sedang dilaksanakan dengan kos berjumlah RM1.034 billion. Sebanyak 1 projek telah siap sepenuhnya dengan kos berjumlah RM27.442 juta, 7 projek dalam pelaksanaan dengan kos RM952.172 juta manakala 4 projek akan dilaksanakan berjumlah RM54.843 juta.

Sekian, terima kasih.

 

Attachments