Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

53

Soalan

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mat Yasin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah Kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawal projek pembangunan perumahan di kawasan cerun dan lereng bukit termasuk pembangunan berhampiran tapak kuari dan nyatakan sejauh manakah JAS mengambil tindakan terhadap Kerajaan Negeri yang tidak mengikuti nasihat mengenai peraturan dan garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,

Pindaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 yang telah diwartakan pada 28hb Ogos 2015, turut mengambilkira aktiviti PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN yang berkecerunan 250 hingga 350  dan juga AKTIVITI PENGKUARIAN, yang mana pemaju dikehendaki mengemukakan Laporan EIA untuk kelulusan JAS sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan.

Mana mana pemaju atau Pihak Kerajaan Negeri yang tidak mematuhi keperluan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 ini, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34A(8), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sekian, terima kasih

Attachments