Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

67

Soalan

Dr. Ariffin Bin S.M. Omar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah had/ kuasa negeri terhadap pengurusan sumber air tidak terhakis atau dilucutkan sama sekali di dalam rancangan Kerajaan mendraf RUU bagi penyelarasan pengurusan sumber air ini.

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

Objektif Rang Undang-undang Sumber Air (RUU) adalah bagi tujuan keseragaman undang-undang pengurusan sumber air secara bersepadu (Integrated Water Resource Management – IWRM) di Malaysia. Penggubalan RUU ini merupakan salah satu enabling environment kepada pelaksanaan IWRM. Pada masa ini, perundangan berkaitan pengurusan sumber air antara negeri adalah berbeza antara satu sama lain. RUU ini telah mengambil kira aspek pengurusan sumber air yang lebih meluas berbanding perundangan sedia ada seperti pengurusan pesisir pantai, air tanah, pencemaran serta aspek perubahan iklim (banjir, kemarau dll).

RUU ini merupakan satu model law untuk diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dan tidak akan menjejaskan kuasa Kerajaan Negeri dalam hal ehwal pengurusan sumber air. Ianya selaras dengan Jadual Sembilan - Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan dan pemakaian RUU ini perlu diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri terlebih dahulu sebelum ianya diguna pakai oleh Negeri masing-masing seperti mana  Perkara 76(3) Perlembagaan Persekutuan.  Kerajaan Negeri boleh menerima pakai RUU ini dengan membuat pindaan dan penambaikan yang berkaitan bagi menepati kehendak dan kesesuaian pelanggan serta stakeholders di negeri masing-masing.

Sekian, terima kasih


Attachments