Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

04 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

71

Soalan

Dato' Haji Mohd Salim Bin Sharif @ Mohd Sharif minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh pihak Kementerian dalam memastikan usaha pemeliharaan sungai dititikberatkan oleh semua pihak agar kejadian banjir kilat dapat dielakkan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa melaksanakan program-program pembersihan sungai di seluruh negara sama ada melalui pendekatan kaedah struktur dan bukan struktur dalam memastikan usaha pemeliharaan sungai dititikberatkan oleh semua pihak agar kejadian banjir kilat dapat dielakkan.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian antaranya adalah:

  1. Penyediaan Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA);
  2. Pemasangan perangkap sisa pepejal seperti log boom dan Gross Pollution Traps (GPT);
  3. Projek River of Life (ROL) yang merupakan contoh salah satu usaha Kerajaan dalam mentransfomasikan Sungai Klang dan Sg Gombak menjadi lebih bersih dan hidup (Living);
  4. Public Outreach Programme (POP) - bagi meningkatkan kesedaran orang awam khasnya masyarakat setempat, dan pelajar institut pendidikan; dan
  5. Penggubalan Rang Undang-undang Sumber Air (RUU SA).

Sekian, terima kasih.


Attachments