Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

06 December 2017

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

16

Soalan

Puan Sopiah binti Sharif minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah kajian yang dilakukan ke atas keutuhan dan kestabilan tanah bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Bendera. Apakah langkah Kementerian dalam membantu Kerajaan Negeri untuk melakukan penilaian impak alam sekitar atau EIA ke atas bukit tersebut.

Jawapan

​​Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif dalam mengarus perdanakan alam sekitar melalui pendekatan “Self Regulation” atau Pematuhan Kendiri Ke arah kecemerlangan alam sekitar. Melalui pendekatan ini, Jabatan Alam Sekitar telah menerbitkan garispanduan Penyediaan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan di kawasan cerun dan bukit, selaras dengan pindaan kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) 1974 pada 28 Ogos 2015.
Garispanduan ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada semua pihak terutamanya pemaju projek dan jururunding EIA serta pihak-pihak berkepentingan dalam memastikan pembangunan yang dirancang dan tidak memberi impak yang signifikan terhadap alam sekitar di masa yang sama akan memastikan pematuhan kendiri dilaksanakan dengan jayanya.
Dalam penyediaan sebarang laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA), input geologi adalah salah satu sub-topik yang perlu ada disamping lain-lain input teknikal seperti geoteknik, hidrologi serta lain-lain perkara yang berkaitan. Lazimnya dalam sesuatu kajian kesan alam sekitar, sebelum sesuatu projek pembangunan dilaksanakan, input dari Ahli Geologi bertauliah akan dipastikan ada, dan akan disemak oleh pihak jabatan
3

Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Pihak JMG lazimnya akan membuat ulasan ke atas laporan EIA ini dan memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan bencana geologi diketahui oleh pihak pelaksana projek dan perunding kejuruteraan yang berkenaan.
Bagi sebarang kejadian seperti tanah runtuh yang berlaku di tapak ketika kerja-kerja pembinaan sebenar dilakukan ianya adalah berkaitan pemantauan terhadap kawalan atau mitigasi yang telah ditetapkan dalam laporan EIA berkaitan ataupun berlaku sesuatu keadaan luar jangka.
Bagi memastikan keselamatan di tapak dapat dielakkan dari bencana geologi dan yang berkaitan, kerjasama yang baik di antara wakil dari jurutera perunding iaitu Resident Engineer dan Ahli Geologi bertauliah perlu sentiasa ada bagi tempoh pelaksanaan projek pembangunan berkenaan.
Kemungkinan cadangan untuk mengadakan pemeriksaan bersama (joint inspection) oleh pihak pelaksana atau pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan pihak JMG adalah salah satu mekanisme yang perlu diadakan dengan menubuhkan satu jawatankuasa atau pasukan petugas khas (task force) disamping amalan “self regulating” oleh pelaksana projek berkenaan yang sepatutnya dititikberatkan dari awal pelaksanaan projek.

Buat masa kini tiada kajian khusus di Bukit Bendera ataupun di seluruh Pulau Pinang amnya oleh JMG. Walau bagaimanapun, pihak JKR melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) pernah menjalankan

4
kajian khusus iaitu penilaian bahaya dan risiko cerun pada tahun 2010 bagi keseluruhan Pulau Pinang. Sebarang keperluan pemetaan semula, kemaskini data dan maklumat perlu diselaraskan bersama CKC.

Sekian, terima kasih


Attachments