Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 13

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2017

Kategori

Air

Nombor Soalan

23

Soalan

​Datuk Jumat Bin Idris [Sepanggar] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina tebatan banjir untuk sungai Kitabu dan Kawakaan yang terletak di kawasan DUN Inanam, Parlimen Sepanggar.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar(NRE)melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS) buat masa ini, buat masa ini, tiada perancanganuntuk membina projek tebatan banjir untuk Sungai Kitabu dan Kawakaan yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Inanam, Parlimen Sepanggarkerana kepadatan penduduk di kawasan tersebut adalah rendah dan banjir di sekitar kawasan tersebut tidak melibatkan kawasan penempatan.Bagi langkah jangka pendek, program pembersihan dan pengorekan sungai berkenaan akan dilaksanakan berdasarkan keperluan semasa.Walaubagaimanapun Kementerian akan mempertimbangkan permohonan projek tebatan banjir di kawasan tersebut di dalam perancangan di masa hadapan.

Sekian , terima kasih

Attachments